Masih ingat kembar Siam Ahmad & Muhammad Yg Dilahirkan Bercantum Dada? Pernah Menjadi Tumpuan Dunia Sehinggakan Raja Arab Saudi Belanjakan 1.7juta Untuk Pisahkan Mereka. Setelah 16 Tahun Ini Keadaan Mereka Yang Mengejutkan..(10Gambar)

Masih ingat kembar Siam Ahmad & Muhammad Yg Dilahirkan Bercantum Dada? Pernah Menjadi Tumpuan Dunia Sehinggakan Raja Arab Saudi Belanjakan 1.7juta Untuk Pisahkan Mereka. Setelah 16 Tahun Ini Keadaan Mereka Yang Mengejutkan..(10Gambar)


Masihkah anda ingat kisah adik-beradik kembar siam Ahmad dan Muhammad yang dilahirkan bercantum di bahagian dada & punggung pada tahun 1998, & menjalani pembedahan pemisahan di Hospital King Fahd National Guard, Arab Saudi pada tahun 2002 pernah menjadi tumpuan seluruh dunia suatu ketika dulu…

Sedar tidak sedar, adik beradik kembar kini sudahpun berusia 17 tahun dan bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada tahun ini…


PAKAR-PAKAR bedah memulakan proses pembedahan bagi memisahkan kembar Siam dari Malaysia, Ahmad dan Muhammad Rosli, 4, di Hospital King Fahad National Guard, King Abdul Aziz Medical City, Riyadh, semalam. Paling kiri ialah ibu kembar tersebut, Aisah Kanda dan paling kanan, Dr. Abdullah Abdulaziz Al-Rabeeah. – Gambar RAHMAN SALEH


Pembedahan memisahkan Ahmad dan Muhammad bernilai RM1.7 juta yang dibiaya Raja Abdullah, 13 tahun lalu.

Walaupun dilahirkan dengan kekurangan fizikal, mereka merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23m Subang Jaya aliran Sains Tulen menjalani sesi persekolahan sama seperti kanak2 normal yg lain…

-“Macam biasa ayah akan kejutkan along (Ahmad) & angah (Muhammad). Kami tiada masalah untuk bangun tidur sebab sudah biasa bangun awal sejak arwah ibu masih ada lagi…

-“Hari ini (Isnin) adalah hari pertama kami ke sekolah, jadi kami berkobar-kobar mahu pergi ke sekolah kerana mahu jumpa kawan-kawan,” katanya…

-Ditanya bagaimana mereka ke sekolah, Ahmad memberitahu bahwa sebaik sahaja sampai di sekolah ayahnya Rosli Abdul Rahim, 44 akan mendukung mereka adik-beradik naik ke bilik darjah yang terletak di tingkat satu…

-Malah, mereka juga bertuah dikurniakan kawan2 yg sentiasa membantu sewaktu mereka di sekolah…

-“Setiap hari ayah akan mendukung kami sampai ke kelas. Mujurlah kelas kami di tingkat satu jadi ayah taklah penat sangat…

-“Kawan-kawan akan bantu bawa ke makmal. Mereka juga tidak pernah ejek sebab semuanya memahami keadaan kami. Ada juga yang bantu beli makanan di kantin pada waktu rehat,” katanya.

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Walaupun tidak memperoleh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang, pasangan kembar siam, Ahmad dan Muhammad Rosli tetap bersemangat untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading…..

Adik-beradik itu menyifatkan keputusan sederhana yang diperolehi bukanlah penentu masa depan mereka, sebaliknya ia permulaan kepada perjalanan yang masih jauh…..

“Walaupun sasaran awal kami untuk memperolehi sekurangnya 3A namun tidak kesampaian, kami tetap bersyukur kerana sudah cuba melakukan yang terbaik…..


“Alhamdulillah kami puas hati dan berhasrat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi terutamanya dalam bidang Teknologi Maklumat (IT),” kata Ahmad…

Ahmad atau lebih mesra disapa dengan panggilan along berkata dia dan adiknya, Muhammad berkongsi cita-cita yang sama iaitu mahu menjadi jurutera pengaturcaraan…..

“Insya-Allah jika diberi peluang melanjutkan pengajian, kami akan cuba melakukan yang terbaik demi mencapai cita-cita meskipun kami dalam keadaan kurang upayaan….


Pada hari Khamis, Ahmad dan Muhammad ditemani bapa mereka, Rosli Abdul Rahim mengambil keputusan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 23, Subang Jaya….


Antara mata pelajaran teras diperolehi dengan pencapaian lulus adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam dan Sejarah…..

Ditanya mengenai institusi pengajian tinggi impian mereka, Muhammad atau lebih mesra disapa sebagai angah berkata, mereka akan memilih Management and Science University (MSU) yang terletak di Shah Alam sebagai destinasi untuk mengapai cita-cita…..

“Kami terfikir untuk melanjutkan pengajian ke MSU kerana ia lebih bersifat mesra Orang Kelainan Upaya (OKU)…. Lagipun ia turut menawarkan kursus yang kami inginkan,” katanya…..

Jelas Muhammad, pihak pengurusan MSU baharu sahaja menghubungi bapa mereka mengenai tawaran untuk melanjutkan pengajian ke universiti tersebut….

“Petang tadi, mereka hubungi ayah dan maklumkan akan hantar borang permohonan untuk masuk ke universiti itu…. Mereka juga jemput kami datang ke sana minggu depan untuk meninjau kawasan kampus,…..

Sementara itu, Rosli, 45, memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana terus memberi kekuatan dan semangat kepada kedua-dua anak istimewanya itu untuk menyambung pelajaran mereka…..

“Saya bersyukur kerana Allah makbulkan setiap doa saya untuk mereka… . Mereka kata masih mahu sambung pengajian, jadi saya akan berikan sepenuh sokongan walaupun bimbang dengan keadaan mereka nanti,” kata bapanya…